Ahad, 17 November 2013

TRW Usah Tiru Corak Permainan Harimau Malaya

Bagi memastikan reputasi Kelantan tidak tercalar walaupun telah kehilangan beberapa tonggak utama, jurulatih baru TRW, Steve Darby perlu memastikan corak permainan yang bakal diterapkan adalah acuan TRW sendiri dan bukannya meniru teknik serta corak yang diterapkan Harimau Malaya bagi saingan musim hadapan, ujar Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dalam laman social facebooknya.

Dalam pada itu, Annuar juga berkata bahawa beberapa kriteria ditetapkan bagi memilih pemain yang bakal menyarung jersi TRW yang akan diumumkan 26 November ini:

  • 80 peratus adalah pemain tempatan terdiri daripada anak jati Kelantan.
  • Lebih daripada separuh pemain dalam pasukan perlu berusia 24 tahun ke bawah.
  • Tiada lagi pemain yang melebihi usia 30 tahun dalam pasukan kecuali kerana prestasi yang istimewa saja dan tidak melebihi tiga orang.
  • Pemain import yang bakal disenaraikan wajib daripada pemain kebangsaan atau bekas pemain kebangsaan negara masing-masing.
  • Sekurang-kurangnya 20 peratus pemain dalam pasukan perlu datang daripada skuad pelapis.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.