Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa cuti mingguan bagi Johor adalah pada hari Jumaat dan Sabtu mulai Januari 2014.
Sultan Ibrahim Ismail bertitah, hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan dituntut.
“Jika kita perhatikan pada masa kini, orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu untuk berehat dan tidur.
“Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun dan meninggalkan masjid hingga ada yang tidak sempat menunggu imam membaca doa.
“Setelah meneliti banyak pandangan, saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan bagi negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014,” titah baginda.
P/s: SM berpendapat semua negeri patut menjadikan Jumaat sebagai hari mingguan. Ambil keberkatan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.
- Sumber Akhbar Tempatan-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.