Jumaat, 8 November 2013

PIYA Kekal Milik Kelantan (TRW)

Pengesahan Piya @ Badhri Radzi untuk kekal bersama TRW bagi saingan bola sepak musim hadapan telah membuatkan peminat TRW menarik nafas lega.

Khabar angin mengenai penghijrahan kapten Kelantan tersebut yang sebelum ini bertiup kencang telah disahkan oleh beliau sendiri pada majlis anugerah Tokoh Sukan. Anugerah Tokoh Sukan kepada Piya telah disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob.

Beliau akan menandatangani kontrak baru dalam masa terdekat dan beliau masih belum membuat keputusan mengenai tempoh kontrak bersama TRW.

Faktor utama beliau ingin kekal bersama TRW adalah untuk terus menabur bakti bersama pasukan negeri kelahiran dan mahu jadikan TRW sebagai gergasi bola sepak Malaysia.


P/s: Semoga TRW lebih cemerlang pada musim depan.. Gomo Klate Gomo.

Teringat masa kawe basuh kereta di kedai Piya dulu..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.