Kejadian berlaku jam 4.30 petang ketika Mohd Azeem Sameer Noor Azmi, 21, dan Mohd Zulfikal Mohd Saupi, 20, sedang mandi di kawasan air terjun itu bersama beberapa rakan mereka.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir, kejadian berlaku apabila Mohd Saupi yang berasal dari Tanah Merah cuba menyelamatkan Mohd Azeem yang mengalami kekejangan ketika berenang.
"Melihatkan Mohd Azeem yang hampir lemas, Mohd Zulfikal yang tidak tahu berenang tetap cuba menyelamatkan rakannya itu, namun kedua-duanya tenggelam.
"Mayat Mohd Azeem yang berasal dari Klang, Selangor, ditemui jam 5.28 petang semalam, manakala mayat Mohd Zulfikal dijumpai selang enam minit kemudian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Menurut Soleh, usaha mencari dan menyelamat mangsa dilaksana oleh enam anggota bomba dan dibantu oleh 14 anggota bomba sukarela, enam anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan tiga anggota polis.
Sumber dari BH online..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.