Gempar... sebuah kedai nasi kandar terkenal di Jalan Yang Kalsom, Ipoh yang sering menjadi tumpuan ramai diarah tutup selama 14 hari.
Ini berikutan apabila kedai tersebut berada dalam keadaan tidak bersih sehingga boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada pelanggan. Kira-kira 20 orang pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah melakukan pemeriksaan mengejut ke atas kedai berkenaan dan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Kedai tersebut diarah tutup berkuatkuasa petang semalam sehingga 28 November 2013.- Sumber dari Kosmo.
P/S: " Setiap peniaga jangan mengabaikan kebersihan restoran masing-masing. Walaupon pelanggan anda ramai dan makanan yang dijual sedap tetapi aspek kebersihan di restoran dan pekerja perlu dititik berat terlebih dahulu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.