Sabtu, 23 November 2013

ONG KIM SWEE DALAM RADAR MYANMAR

Walaupun isu jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagopal masih lagi kendengaran ekoran kegagalan layak ke pentas Piala Asia 2015, timbul pula desas-desus bahawa jurulatih Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee bakal dipancing oleh pasukan dari Negara ASEAN. Menurut laporan tidak rasmi, Persatuan Bola Sepak Myanmar (MFF) turut berminat mendapatkan khidmat Datuk Ong Kim Swee.

Tatkala FAM sibuk dengan Mesyuarat Exco FAM mengenai isu kontrak Rajagopal, mungkin FAM terlepas pandang mengenai kontrak Ong Kim Swee yang mana turut berakhir pada 31 Disember depan.

Sebelum ini Singapura adalah antara Negara yang berminat mendapatkan khidmat Datuk Ong Kim Swee. Kecermelangan beliau tidak perlu dipertikaikan apabila Berjaya diangkat sebagai salah seorang jurulatih paling berjaya dengan kejayaan memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2011. Kebolehannya mencungkil bakat pemain-pemain muda dan mengangkat nama seseorang pemain tersebut.

FAM seharusnya bertindak segera dengan berusaha mengekalkan khidmat Kim Swee di tahap yang lebih tinggi. FAM harus berikan keputusan kepada Kim Swee sama ada mereka berminat untuk lanjut atau tidak sebulan sebelum tamat kontrak. Itulah tangunggjawab FAM.

 

-Sumber dari Kosmo-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.