Berita menarik untuk pengguna lebuh raya apabila kerajaan bersetuju untuk menaik taraf beberapa lokasi Lebuh Raya Utara Selatan. Ini berikutan lebuh raya tersebut sering mengalami kesesakan akibat pertambahan trafik terutamanya ketika musim perayaan dan cuti sekolah.
Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, projek tersebut bernilai RM1.437 billion melibatkan pembinaan lorong tambahan keempat dengan jarak keseluruhan 63.3KM.
Antara lokasi yang dikenal pasti adalah Rawang- Sg Buloh (13KM), Shah Alam- Sg Buloh (16KM), Bukit Lanjan-Jln Duta (7KM) dan persimpangan Nilai Utara-Seremban (27KM).
Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa pihak kerajaan telah meluluskan Projek Lebuh Raya Pantai Barat (Taiping-Banting) @ WCE sepanjang 316KM yang dijangka bermula pada Jun 2014 selama 60 bulan.
Sumber dari Akhbar Tempatan.
P/S: Penulis harap dengan pembinaan tersebut dapat memberi keselesaan kepada pengguna lebuh raya nanti. Harap kerajaan tidak menaikkan harga tol lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.