Kelantan kini sedang giat membentuk semula pasukan selepas kehilangan 8 tonggak utama. Berita terbaru dari petikan laman social facebook Tan Sri Annuar Musa, mendedahkan bahawa TRW berjaya menandatangani penyerang muda kelahiran Australia berketurunan Malaysia, Brendan Gan selama 2 tahun bagi mengharungi musim 2014/2015.
Biarpun pemain tersebut dilahirkan di Australia tetapi bapanya merupakan anak kelahiran N Sembilan. Ekoran itu, Kelantan berhasrat untuk mendaftarkan pemain tersebut dengan status pemain tempatan dan bukannya pemain import bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC.
Mengikut peraturan FIFA, pemain layak mewakili Negara asal keturunannya berdasarkan tempat lahir pemain, ibu, bapa kandung atau datuk dan bukan kepada kewarganegaraannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.