Seorang gadis telah mengaku salah ekoran mengepos status Facebook yang mendakwa sebuah resotran nasi kandar di Ipoh menggunakan najis manusia sebagai pelaris restoran tersebut.
Pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Ze Aida telah tampil untuk memohon maaf kepada pemilik Restoran Nasi kandar Vanggey. Menurut Ze Aida, beliau hanya menyalin semula status Facebook dari individu yang lain.
Keuntugan perniagaan restoran nasi kandar tersebut telah mengalami kemerosotan sehingga 60 peratus walaupun status tersebut hanya disiarkan selama 9 jam di Facebook milik Ze Aida.
Penyebaran maklumat palsu itu telah menyebabkan pemilik Restoran Nasi Kandar Vanggey menuntut pemilik akaun facebook Ze Aida untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak pengurusan restoran sambil disaksikan oleh pihak media.
Sebenarnya, status Facebook berkenaan merujuk kepada Restoran Nasi Kandar Vanggey namun terkena sekali tempiasnya kepada sebuah lagi restoran yang terkenal iaitu Restoran Nasi Kandar Ayam Merah.- Sumber Kosmo Online
P/S: Moralnya, sebelum menyalin semula status individu lain, eloklah selidiki dahulu kebenarannya. Nasib baik pemilik restoran tidak mengambil tindakan saman kepada individu tersebut.. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.