Umum mengetahui bahawa kejadian tanah runtuh awal minggu lalu di Cameron Highland baru-baru ini telah meragut tujuh nyawa dan dua parah.
Persoalannya adakah benar bahawa kejadian tanah runtuh tersebut adalah bencana alam semula-jadi atau ianya bencana buatan manusia?
Sering kali kita mendengar jawapan dari pihak berkuasa bahawa kejadian yang berlaku adalah dari bencana alam semulajadi tetapi apabila kita fikirkan kembali setiap bencana yang terjadi juga mungkin disebabkan oleh sikap rakus dan tamak manusia.
Jika kita melihat kepada sedutan berita di dalam akhbar mahupun di televisyen, sememangnya terdapat aktiviti-aktiviti menggondol bukit dan pembalakan yang pesat berlaku di kawasan Tanah tinggi tersebut.
Daripada aktiviti tersebut, kesimpulan awal punca Tanah runtuh adalah disebabkan oleh tindakan manusia. Aktiviti seperti ini sepatutnya dipantau dan dikawal selia oleh pihak berkuasa untuk memastikan langkah-langkah pencegahan dapat diambil.
Apabila kita melihat gambar-gambar kejadian, kawasan kejadian Tanah runtuh itu kelihatan seperti laluan air. Akibat penebangan hutan yang tidak terkawal, maka Tanah di lereng-lereng bukit tidak lagi cukup kuat. Jika sebelum ini Tanah di lereng bukit dikukuhkan lagi dengan akar-akar pokok, sekarang apa yang berlaku, tidak lagi seperti dahulu.
Bila laporan lengkap kejadian Tanah runtuh ini akan diumumkan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.