Isnin, 4 November 2013

Gantung Anak Patung Pada Bawah Bumper Kereta Elak Sial

Pelik...

Anak patung yang diletakkan di dalam kereta bukanlah perkara yang pelik tetapi dianggap antara aksesori yang wajib bagi pemilik kereta. Tetapi apabila digantung pada bahagian luar kereta yang tidak pernah difikirkan oleh kita, pasti membuatkan kita tertanya-tanya.

Mungkin ada di antara kita pernah melihat anak patung digantung di bawah bumper belakang kereta. Bagi mereka yang kali pertama melihat situasi tersebut, pasti akan merasa pelik.

Realitinya, ia merupakan kepercayaan yang diamalkan oleh segelintir penduduk di Thailand bagi mengelakkan sial daripada diganggu oleh roh di jalanan.

Ia dianggap sebagai satu persembahan kepada roh yang mati akibat jalan raya. Mereka percaya bahawa roh individu yang mati akibat kemalangan di jalan raya akan berlegar-legar di atas jalan terutamanya di kawasan nahas jalan raya.

Justeru, dengan memasang boneka/anak patung di bahagian bawah bumper kereta akan dapat memberi ketenangan kepada roh si mati. Malah, ada yang beranggapan bahawa anak patung tersebut akan menjadi mainan kepada roh berkenaan. Penduduk Thailand percaya jika anak patung tersebut digantung di bawah kereta, ia akan menarik roh tersebut dan membuatkan roh tersebut leka bermain.

Anak patung tersebut dikatakan dapat mengelakkan roh daripada mengganggu pengguna jalan raya dan pengguna jalan raya tersebut akan selamat dari nahas.




**** Jika kita percaya bahawa ia dapt mengelakkan daripada seseorang mendapat malang, ia boleh dianggap syirik dan berdosa..****

Petikan dari Rencana Di Sebalik Mitos..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.