Ahad, 22 Disember 2013

[ Terkini ] Kemalangan antara Jentera Bomba dan Lori


Sebuah jentera Bomba terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di kilometer 12, Jalan Kota Belud kira-kira jam 7.40 pagi. Seorang kelindan lori yang dikenali sebagai Longius Bardur, 24, telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas dikejarkan ke hospital berdekatan.

Manakala, pemandu lori serta tiga anggota Bomba yang terbabit dalam nahas tersebut dilaporkan dalam keadaan stabil.
 


Kejadian berlaku apabila lori tersebut didapati hilang kawalan sehingga masuk ke laluan bertentangan lalu nertembung dengan jentera Bomba yang dalam perjalanan menuju ke sebuah lokasi berlakunya kebakaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.