Rabu, 27 November 2013

Langgar Kontrak Perpindahan, Padah Menanti Pemain

Isu pemain membuat pusingan 'U' tetap hangat diperkatakan. Persoalannya salah siapa? Menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tindakan hukuman maksimum boleh dikenakan iaitu perggantungan semusim jika ada pemain didapati bersalah melanggar kontrak permindahan.

Perkara tersebut disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan. Isu membabitkan bekas pemain Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Nazri Ahmad yang dikatakan telah menandatangani kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tetapi didapati membuat pusingan 'U' apabila mengubah fikiran dengan menyertai pasukan Kelantan bagi saingan musim hadapan.

Nazri Ahmad telah sah menyertai pasukan Kelantan ketika pengumuman senarai pemain Kelantan oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam. Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad menegaskan perbuatan Nazri Ahmad sebagai tidak bermoral dan berpendapat FAM perlu mengambil tindakan ke atas pemain tersebut.

FAM dalam kenyataannya menegaskan bahawa persatuan boleh membawa kes tersebut ke jawatankuasa FAM untuk diambil tindakan berdasarkan undang-undang FAM.

Kita tunggu jawapan dari Nazri Ahmad mengenai hal ini... Mungkin beliau ada penjelasan tersendiri.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.