Alasan yang diberikan JPJ adalah mahu melindungi orang ramai dan memastikan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.
Tidak salah untuk melupuskan kenderaan yang lama. Tetapi adakah kenderaan yang berusia hanya 12 tahun perlu dilupuskan?
Rasionalnya, kebanyakan rakyat di Negara ini mengambil masa sekurangnya 9 tahun untuk selesaikan hutang kereta dengan bank. Selepas beberapa tahun, kenderaan tersebut perlu dilupuskan. Sebelum ingin melaksanakan peraturan ini, eloklah kerajaan laksanakan dahulu had pinjaman 5 tahun dan turunkan cukai jalan dan sebagainya yang telah membebani rakayat selama ini.
Pada pandangan rakan-rakan kita, alasan kereta lama membahayakan pengguna jalan raya adalah tidak releven sama sekali. Kemalangan dan kecelekaan jalan raya terjadi disebabkan oleh beberapa factor seperti cara pemanduan, cara penyelenggaraan kereta, keadaan jalan raya dan sebagainya. Alasan usia kereta patut ditolak... Sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.