Ahad, 10 November 2013

Hoki Wanita Cipta Sejarah

Kita berbangga kerana SKUAD hoki wanita negara mencipta sejarah apabila memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2013 di Kakamigahara, Jepun.

Kejayaan bertambah manis apabila mereka Berjaya memenangi pingat gangsa buat kali pertama dengan menewaskan pasukan China, 3-1.

Pencapaiaan terbaik skuad hoki wanita adalah:

1)  Pingat gangsa pada Sukan Asia 1982 di New Delhi, India.
2)  Pingat gangsa pada Piala Asia 1985 di Korea Selatan

Malaysia pertama kali bertanding dalam Trofi Juara-Juara Asia ini berikutan Korea Selatan menarik diri pada saat-saat akhir.

Artikel lanjut di sini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.