Kelantan tidak menunggu lama untuk membawa masuk muka baru bagi memperkuatkan lagi pasukan bagi menghadapi saingan musim hadapan selepas gagal mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia baru-baru ini.
Calon yang dikatakan adalah pemain tengah dari Bahrain untuk melengkapkan kuota pemain import dari Asia. Menurut sumber, pemain berkenaan adalah Abdulla Baba Fatadi, yang berusia 28 tahun kini berada dalam radar KAFA.
Justeru itu, KAFA sangat serius untuk membawa masuk pemain tersebut untuk menghadapi saingan liga domestik dan Piala Konfederasi Asia (AFC) bagi musim hadapan.
Beraksi di posisi tengah menyerang, beliau dikatakan mempunyai ketinggian kira-kira 179cm yang mana memiliki kemahiran kawalan bola yang menarik serta ketepatan hantaran bola ke bahagian serangan pasukan. Selain itu, beliau juga adalah pemain yang bijak membaca gerakan lawan dan kepantasan serta berkebolehan menggunakan kedua-dua belah kaki.
Kehadiran beliau dianggap satu aset yang baik bagi pasukan Kelantan dalam memantapkan kombinasi di bahagian tengah bersama Piya selepas kehilangan Shakir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.