Sabtu, 30 November 2013

Padah Menimpa Suspek Samun Duit Amanah Ikhtiar Maut Kemalangan Jalan Raya

Allah S.W.T bayar cash di dunia lagi...

 
Pada pukul 12.30 tenghari, satu kejadian samun telah berlaku di tepi jalan Kg Temin , Sungai Siput, Perak. Suspek terdiri daripada 3 orang Lelaki Melayu telah menyamun seorang perempuan Melayu yang baru sahaja selesai mengambil duit amanah ikhtiar. 
 
Ketika mangsa sedang memandu kereta proton saga BLM putih, mangsa dipercayai telah dihimpit oleh sebuah kereta proton Wira yang dipandu suspek menyebabkan kereta mangsa berhenti.

Dua daripada Suspek yang berparang telah menyamun dan melarikan kereta mangsa setelah mangsa berjaya keluar dari kereta miliknya.
 
Malang menimpa kepada  2 orang suspek apabila kereta yang dilarikan telah bertembung dengan sebuah lori di selekoh kubur Kg Temin, akibat kemalangan itu seorang suspek mati di tempat kejadian. 

Seorang lagi mati di hospital kerana cedera parah manakala rakan suspek yang memandu kereta proton Wira menghilangkan diri.
 

 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.