Ahad, 24 November 2013

Gambar Kapen TRW & 2 Sekawan dari Lain Pasukan 2014!!!



Gambar di atas menarik perhatian ramai apabila gambar yang diambil semasa Kapten TRW Badri Radzi bersama dengan Norfarhan dan Daudsu yang dalam perjalanan ke Madinah.

Sifat kepimpinan yang dipunyai oleh Badri Radzi atau dikenali sebagai Piya bukan sahaja di atas padang tetapi juga ditunjukkan di luar padang. Piya adalah sangat disenangi oleh rakan-rakan pasukan sehingga menjadikan TRW sebagai sebuah pasukan yang digeruni di dalam Liga Malaysia.

SM tertarik dengan keakraban mereka bertiga walaupun bagi musim depan, mereka akan terpisah dengan pasukan baru. Piya masih lagi kekal mengemudi Kelantan, Norfarhan pula menabur bakti ke negeri asalnaya Terengganu manakala Daudsu pula mengembangkan sayapnya di Johor Darul Takzim (JDT).

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Norfarhan dan Daudsu kerana cemerlang bersama Kelantan. Jasa anda akan kami kenang. Selamat berjaya bersama dengan pasukan baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.