Sabtu, 16 November 2013

CERITA DI SEBALIK TAMAN TEMA MIMALAND

Mungkin generasi sekarang tidak mengenali atau mengetahui mengenai kewujudan Taman Tema Mimaland. Taman tema dan rekreasi ini pernah menjadi tempat popular suatu ketika dahulu iaitu pada zaman 80-an.

Sejarahnya, Taman Tema Mimaland ini mula di bina pada tahun 1971 di kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak. Mungkin orang-orang berdekatan dengan Ulu Gombak pernah mengenali dan mengetahui sejarah taman tema ini. Namanya diambil dari kombinasi perkataan Malaysia In Miniature Land.


 
Antara tarikan dan keunikannya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengadungi model-model dinasour dan pernah menjadi tempat penggambaran filem tempatan seperti  'Filem Mekanik' (1983), 'Filem Gila-Gila Remaja' (1986), 'Filem Tempo'88(1987), 'Filem Dendang Perantau' (1979) dan 'Filem Suara Kekasih' (1986).

 

  

 
Selain itu, yang lebih menarik adalah terbinanya satu kolam renang pada tahun 1984  yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara. Pada ketika itu juga, papan luncur air gergasi yang tinggi telah ditawarkan kepada para penggunjung dan menjadi tarikan para penggunjung.

Antara bahagian lain yang terdapat di Mimaland juga ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan untuk memancing, jungle trekking dan sebagainya.

Satu berita telah mengejutkan orang ramai setelah bertahun Mimaland beroperasi.Pada Januari 1993 pada ketika aku berusia 6 tahun, satu kemalangan telah berlaku di kawasan papan luncur air gergasi yang seorang wargenegara Singapura berusia 27 tahun telah ditemui mati.

Ekoran kejadian tersebut, pihak pengurusan Mimaland telah menutup sementara kolam renang dan papan luncurnya untuk kerja-kerja penambahbaikkan dan pengubahsuaian. Pada Mei 1994, telah berlaku sekali lagi kejadian yang tidak diingini yang mana dinding kolam renang yang sama telah di dapati rosak berpunca daripada Tanah runtuh kecil sehingga menyebabkan air lumpur masuk ke dalam kolam renang tersebut. Maka, taman tema tersebut sekali lagi ditutup kepada pengunjung.

Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.


Kesan-kesan peninggalan sejarah Taman Tema Mimaland masih lagi kelihatan...

 
 
Pintu Masuk Ke Taman Tema Kelihatan Usang Di Makan Usia
 
 
Peralatan rekreasi air telah ditumbuhi oleh tumbuhan liar
 
 
Van yang pernah digunakan oleh Pihak Pengurusan Mimaland
 
 
Pejabat operasi ketika itu
 
 
 
 
Jalan Masuk yang menjadi sunyi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.