Sabtu, 9 November 2013

Cara Mendidik Anak Yang Nakal

Bolehlah cuba tip ini bagi mereka yang mempunyai anak yang nakal:

1) Luangkan masa bersama

    Luangkan masa bersama anak-anak samada di rumah atau di luar rumah. Anak-anak mudah berasa sunyi jika ibu bapa sering membiarkan anak-anak mereka. Ini menyebabkan anak-anak terdorong untuk menjadi degil dan keras kepala. Sebagai ibu bapa, anda perlulah memberi perhatian secukupnya kepada anak-anak.

2) Ajar kaedah 1,2,3

    Ajar anak dengan kiraan 1,2,3 dan sekiranya mereka tidak mematuhi arahan seperti yang dikehendaki, mereka akan dikenakan hukuman.

3) Tanya Masalah Anak

    Luangkan masa untuk menanyakan masalah anak anda. Selalunya, kelakuan anak-anak adalah dipengaruhi oleh masalah yang dihadapi seperti kerja sekolah, rakan sekolah, guru sekolah dan tidak dapat apa yang diinginkan. Jika anda dapat mencungkil masalah anak anda, maka senanglah bagi anda untuk mencari penyelesaian sewajarnya.

4) Bezakan antara kesalahan yang disengajakan atau tidak

   Ibu bapa harus bijak membezakan kesalahan anak-anak. Anak-anak tidak suka dimarahi atas kesalahan yang tidak dilakukan.

5) Raikan ulang tahun anak

   Raikan ulang tahun kelahiran anak untuk menunjukkan kasih sayang anda kepada anak anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.