Sabtu, 16 November 2013

Pengusaha Nasi Kandar Yakin Restoran Akan Dibuka Semula

Pengurus nasi kandar ayam merah atau dikenali juga ‘Nasi Ganja’, Mohamed Nihmatullah Syed Mustafa yakin premisnya yang terletak di Jalan Yang Kalsom, di sini, akan dibuka semula dalam tempoh terdekat selepas kerja pembersihan dapurnya selesai.

Menurut beliau, Jabatan Kesihatan Negeri telah memaklumkan bahawa premisnya boleh dibuka semula jika pihaknya berpuas hati dengan tahap kebersihan premis berkenaan.
  
Pengusaha nasi kandar turut menafikan menggunakan najis bagi melariskan jualan seperti yang heboh tersebar dalam laman sosial semalam. Penyebaran berita itu telah menjejaskan nama baik beliau dan restoran tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.