Ramai yang mengambil peluang menggunakan laman social seperti Facebook, Twitter dan Instagram untuk mencari jodoh. Ada yang Berjaya. Namun ramai juga yang kecundang. Oleh itu, sebelum anda mengambil keputusan untuk mencari pasangan di dunia maya.
Cuba dahulu tip berikut:
1) Maklumat Palsu
Kita mudah tertarik dengan maklumat peribadi seseorang itu. Jadi, diingatkan tidak sekali terpengaruh dengan maklumat dan data yang diberikan kerana ia adalah maklumat palsu yang mungkin memperdayakan mangsa. Paling teruk bila ada yang menyamar. Lelaki menyamar perempuan dan perempuan menyamar lelaki.
2) Berhati-hati memberi maklumat
Jika ada di antara rakan maya cuba untuk menanyakan pelbagai bentuk soalan khususnya berkaitan dengan diri anda, cuba elak untuk berkongsi secara jujur terutama sekali mereka yang dikenali contohnya alamat rumah atau nombor talefon peribadi. Cukuplah sekadar memberitahu nama semaran, umur dan jantina. Rasanya sudah memadai.
3) Tidak berkongsi gambar
Gambar diri juga rasanya tidak perlu dikongsi bersama rakan di dunia maya, mungkin mereka akan menggunakan gambar anda untuk tujuan yang tidak baik sehingga membuat anda menyesal di kemudian hari.
4) Ajak rakan lain untuk teman
Sekiranya anda bercadang untuk berjumpa rakan media tersebut, ajaklah rakan baik anda untuk menemani untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
5) Jumpa di tempat yang sunyi dan sepi
Elak berjumpa rakan maya anda di tempat yang sunyi. Abaikan rakan maya anda jika beliau mengajak anda k tempat tersebut. Bertindak segera dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya rakan maya anda mengugut anda.
6) Berdoa dan memohon petunjuk
Jika anda buntu dan bimbang untuk membuat keputusan dengan sewajarnya. Eloklah memohon petunjuk Tuhan agar mendapat pasangan hidup yang sesuai.
Sumber dari Harian Metro...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.