Jumaat, 22 November 2013

Tengku Hasbullah hampir Pasti Mengikat Kontrak Bersama Kelantan

Tengku Hasbullah Raja Hassan hampir pasti menyarung jersi pasukan Kelantan bagi saingan musim hadapan. Rundingan yang dijalankan antara pengurusan KAFA dan pemain tersebut telah berada di peringkat terakhir.

Kontrak antara Tengku Hasbullah dengan KAFA akan dibuat sebaik sahaja pengurus The Red Warriors, Azman Ibrahim pulang daripada mengerjakan umrah bersama pemain Kelantan yang Berjaya menjulang kejuaraan Piala FA 2013.

Kehadiran Tengku Hasbullah dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Shakir Shaari yang berhijrah ke JDT.

Perjalanan Karier Tengku Hasbullah:
  1. 2001-2003 Kelantan
  2. 2004-2007 Telekom Melaka
  3. 2008- Pahang
  4. 2009- KL Plus
  5. 2010- Terengganu
  6. 2011-2012- T Team
  7. 2013- Kedah


-Sumber dari akhbar Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.