Sering kali kita mendengar kejadian kemalangan undur kereta. lebih menyayat hati apabila kita melanggar anak sendiri. Pada fikiran orang ramai, "Siapa yang patut disalahkan dalam hal begini".
Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Walaubagaimana pun, langkah-langkah pencegahan boleh diambil sebagai peringatan kita di kemudian hari.
1) Ajar anak-anak untuk tidak bermain di kawasan ruang letak kereta.
2) Peka pada bunyi di kawasan sekeliling sebelum menggerakkan kenderaan.
3) Pastikan kenderaan dipasang alat pengesan undur.
4) Tambah baik kenderaan dengan alat kamera undur bagi memudahkan penglihatan.
5) Jangan biarkan kenderaan dipenuhi barang-barang sehingga menggangu cermin pandang belakang.
6) pastikan kunci kenderaan disimpan di tempat yang sepatutnya bagi mengelak anak-anak bermain.
7) Jadikan rutin meninjau belakang kenderaan sebelum masuk ke dalam kereta. (Buat 1 pusingan mengelilingi kereta).
- Sumber dari Kosmo-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.