Isnin, 2 Disember 2013

[Terkini ] Tarif elektrik naik pada kadar purata 4.99 sen????

 
Berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung naik 4.99 sen atau 14.89 peratus iaitu daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj.

Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak terkecuali dari kenaikan apabila kerajaan mengumumkan kenaikan sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus. 
 
Dengan perlaksanaan ini, kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM4 bilion dalam bentuk subsidi untuk sektor tenaga tahun depan berikutan semakan semula subsidi elektrik, yang seterusnya akan disalurkan kepada usaha untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur, sekolah dan kemudahan awam lain untuk rakyat. 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata jumlah subsidi bagi sektor tenaga tahun ini sebanyak RM14 billion ketika mengumumkannya pada sidang Parlimen hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.