Ahad, 1 Disember 2013

[Terkini] Kejam: Kakak dibunuh, dua adiknya hilang Alor Senibung


Mayat seorang remaja perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap di sebuah kawasan bendang berhampiran Alor Senibung, Alor Star, petang semalam.

Dalam kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, mayat remaja itu ditemui orang awam kira-kira jam 3.45 petang, sebelum anggotanya bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya mengklasifikasikan kejadian itu kes bunuh dan siasatan dijalankan di setiap sudut.

Katanya, ini berikutan mangsa bersama dua adik perempuannya, masing-masing barusia 12 dan tiga tahun keluar dari rumah mereka di Kampung Gelap pada 29 November lalu.

Beliau berkata, kedua-dua adik mangsa masih hilang dan usaha mencari masih dijalankan.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan bantuan. sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.