Akibat disaman oleh seorang anggota polis kerana kesalahan melanggar lampu isyarat merah serta tidak memakai topi keledar, seorang lelaki bertindak nekad dengan membakar sebuah kereta Toyota Vios milik anggota poils berpangkat konstabel di Taman Perumahan di Kapar.
Kejadian berlaku pada jam 4.30 pagi apabila mangsa berusia 20-an sedang tidur di rumahnya sebelum dikejutkan dengan bunyi penggera kereta. Dalam kejadian itu, kereta mangsa telah terbakar di bahagian depan dan belakang manakala cermin hadapan didapati berlubang akibat dibaling dengan botol berisi petrol.
Menurut siasatan awal yang dijalankan, rakan serumah mangsa yang juga bertugas di balai polis yang sama ada mengeluarkan saman kepada seorang lelaki yang menunggang motosikal kerana telah melanggar isyarat lampu merah serta tidak memakai topi keledar di Klang pada jam 3.00 pagi pada hari yang sama.
Lelaki yang berusia 20-an berang akibat disaman serta telah mengeluarkan kata-kata kesat dan ugutan.Namun, rakan mangsa tetap mengeluarkan saman serta tidak menghiraukan ugutan lelaki tersebut. Rakan mangsa tidak menjangka bahawa lelaki terbabit akan bertindak sedemikian dengan membakar kereta rakan sekerjanya.Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.