Padah diterima oleh seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang merogol seorang guru tadika di Taman Impian, Kajang apabila berjaya ditangkap oleh majikan guru tadika tersebut.
Pada mulanya, guru tadika tersebut datang berseorangan ke tadika kira-kira pukul 7 pagi. Mangsa telah menyedari kehadiran remaja tersebut di luar tadika, namun tidak mengesyaki apa-apa lalu terus membuka pintu pagar sebelum memasuki pintu tadika tersebut.
Sebaik mangsa telah membuka pintu tersebut, remaja lelaki itu telah datang dari belakang dan mengheret mangsa ke dalam tadika dan sempat memberitahu pada mangsa yang beliau meminati dan menaruh perasaan cinta pada mangsa.
Pada ketika itu, mangsa yang terkejut cuba melawan remaja tersebut namun tidak berjaya. Sebaliknya, terus membuka pakaian mangsa dan merogolnya.
Selepas merogol mangsa, remaja tersebut melarikan diri dan magsa telah menghubungi majikannya. Majikan mangsa terus mencari remaja terbabit di kawasan berhampiran sebelum menemuinya di sebuah klinik haiwan.
Majikan membawa remaja terbabit kepada mangsa untuk pengecaman dan kemudian membawa remaja terbabit ke balai polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.