Ahad, 1 Disember 2013

[Sukan] Andik Vermansyah tandatangan kontrak bersama Selangor untuk musim 2014


 
Pemain Kebangsaan Indonesia iaitu Andik Vermansyah telah sah menjadi milik pasukan Selangor. Pemain yang sebelum ini mewakili kelab Persabaya FC di Indonesia bersetuju untuk menyertai pasukan Selangor walaupun mendapat tawaran lumayan dari beberapa kelab di USA dan Jepun.
 
 
Andik telah diperkenalkan dalam majlis yang berlansung hari ini. Kehadiran pemain tersebut dapat memberi semula keyakinan dan kekuatan kepada pasukan yang digelar The Red Giants untuk menghadapi saingan bola sepak 2014 setelah gagal dalam mendapatkan semula khidmat Safee Sali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.