KUANTAN - Dua pemain bola sepak
Pahang, Mohd Amirul Hadi Zainal, 27, dan Mohd Zaiza Zainal Abidin,
23, bersama pasangan mereka didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah
kerana berkhalwat di Hotel Vistana di sini pada 10 September lalu.
Hakim Syarie, Abdul Wahid Md Ali
menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kedua-dua pemain itu dan pasangan mereka,
Zuraida Muhammad, 26, serta Puteri Natalya Nurul Adzween Rosly, 23, selepas
kesemua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Mengikut kertas pertuduhan, dua pemain
skuad Tok Gajah itu ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersama
pasangan masing-masing di bilik berasingan di Hotel Vistana di sini kira-kira
pukul 4.30 pagi.
Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen
145 (1) (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.