KOS RM 8 JUTA BAWA DORAEMON KE MALAYSIA |
Animation
International (M) Sdn Bhd (AISB) membawakan Ekspo 100 Gajet Rahsia Doraemon yang
mula dibuka kepada umum esok 14 Disember di Dewan Pameran Viva Home, Kuala
Lumpur.
Sempena ekspo
itu lebih 100 patung dan 100 gajet Doraemon dipamerkan dengan sasaran 700,000
pengunjung bagi pameran yang berlangsung selama tiga bulan.
Pengarah AISB,
Steve Chow berkata, ekspo itu pertama kali dianjurkan di Asia Tenggara selepas
Jepun, Hong Kong dan Taiwan.
“Kami juga
menyasarkan peminat dari negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia,
Brunei dan Filipina yang juga peminat karakter Jepun ini datang pada pameran
terbabit,” katanya.
Chow berkata,
syarikatnya melabur sehingga RM8 juta untuk membawa watak itu ke negara ini
selepas pameran terakhir di Taiwan dan ekspo berkenaan juga dianjurkan sempena
Tahun Melawat Malaysia 2014.
Tiket masuk
ekspo berharga RM25 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak) mula dijual secara dalam
talian melalui myticket.my bermula 30 November lalu dan di 100 stesen petrol BHP
terpilih di seluruh negara bermula 1 Disember.sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.