Ketika siasatan awal pihak polis mengatakan mangsa, Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14 kemungkinan menjadi mangsa rogol adalah tidak tepat apabila pihak polis telah mengesahkan bahawa mangsa tidak dirogol.
Kematian mangsa adalah disebabkan oleh mati lemas. Sekali lagi ibupaba mangsa dikejutkan dengan berita yang mana 2 orang lagi anak mereka telah ditemui mati. Ini menambahkan lagi misteri apabila kematian 2 beradik (iaiti Nur Izzati Husna, 12, serta Puteri Nurul Akma, 3) tersebut adalah dikatakan berdekatan dengan lokasi kematian kakak mereka.
Siasatan pihak polis menemui:
- Motosikal yang dinaiki oleh 3 beradik tersebut ditemui dalam keadaan baik dan berkunci.
- Motorsikal tersebut diletakkan berhampiran dengan tempat menunggu bas.
- Mangsa pertama ditemui oleh orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel. Pihak polis mengesahkan bahawa mangsa tidak dirogol. Ini kerana pihak polis tidak menemui ada unsur-unsur pengelutan berlaku di antara mangsa dan penjenayah.
- Pihak polis mendapati badan mangsa terdapat kesan calar dan mangsa disahkan mati akibat lemas.
- Manakala kedua-dua adik mangsa yang turut mati, ditemui di dua lokasi yang berbeza yang mana dijumpai di tali air. Punca kematian masih lagi dalam siasatan pihak polis.
Dalam pada itu, pihak polis sedang giat memburu seorang remaja lelaki yang dipercayai teman lelaki Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14 untuk membantu dalam siasatan. Menurut kenyataan Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, remaja itu kini dipercayai berada di Arau, Perlis dan beliau yakin bahawa dia akan dijumpai dalam masa terdekat. Ahmad turut berkata polis sudah mempunyai bukti-bukti terkini dan saksi bagi membantu siasatan kes tersebut.
Ahmad juga mengesahkan tiga beradik itu tidak bunuh diri kerana terdapat unsur-unsur perbuatan jenayah berdasarkan keadaan mayat Nor Syafikah. Beliau merayu orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak kejadian tersebut tampil membantu siasatan. sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.