Sabtu, 28 Disember 2013

[Dunia] Mike Tyson Tunai Umrah

 

 
Mike Tyson, bekas juara heavyweight tinju US kini telah berada di Arab Saudi untuk mengerjakan umrah telah bersolat di Masjid Quba dan Masjid Qiblatain.
 
Sebahagian peminat dilaporkan sanggup menunggu berjam-jam untuk melihat Tyson dan merakam gambarnya. Sumber Kosmo..

[ Sukan ] Ghaddar, Forkey Doe bakal jadi gandingan digeruni untuk liga Malaysia 2014 ?

Ghaddar, Forkey Doe bakal  jadi gandingan digeruni


Kota Bharu: Dua penyerang import The Red Warriors (TRW), Mohamed Ghaddar dan Francis Forkey Doe dijangka menjadi pasangan barisan depan paling digeruni pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Ini berikutan kedua-dua pemain itu berpengalaman luas di peringkat antarabangsa, selain menjadi penyerang import terbaik paling prolifik di liga bola sepak negara ini.      
Ghaddar yang pernah menjadi penjaring terbanyak Kelantan pada 2012 manakala Forkey Doe dengan Selangor musim ini juga pernah beraksi bersama ketika mewakili kelab Mesir, Al-Ahly pada 2010.

  Rakan sepasukannya yang juga bekas pemain kelab Liga Perdana Inggeris, Middlesbrough, Mohamed Shawky, berkata gandingan Ghaddar dan Forkey Doe dalam skuad TRW untuk musim depan bakal menjadi kombinasi terbaik bagi membantu pasukan gergasi bola sepak negara itu mencipta kejuaraan.

Pengalaman bersama

Pemain tengah berusia 32 tahun itu turut berkata, dia percaya kedua-dua pemain itu akan membantu TRW mengekalkan kejuaraan Piala FA, selain merampas semula Liga Super dan Piala Malaysia.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk bermain bersama Ghaddar dan Forkey Doe apabila pernah beraksi dengan dua pemain itu selama setahun ketika mewakili Al-Ahly.
“Kami sudah mempunyai pengalaman beraksi bersama. Oleh itu, saya yakin gandingan kami bertiga dalam skuad TRW bakal membentuk kombinasi terbaik seterusnya memburu kejuaraan buat pasukan,” katanya.

Mohamed Shawky berkata, Kelantan adalah pasukan yang kuat dan mempunyai penyokong yang ramai di negara ini, sudah tentu mereka meletakkan harapan yang tinggi kepada pemain untuk memberi kejayaan kepada pasukan kesayangan mereka. Sumber

[ Sukan ] Amirulhadi di denda RM25,000 Tetapi Sah Milik JDT !


Kontroversi yang melibatkan bekas pemain sayap kebangsaan, Amirulhadi Zainal terungkai apabila Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) memutuskan beliau sah menjadi milik pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini dikatakan telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Persatuan Bola sepak Negeri Pahang tetapi baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak apabila diperkenalkan sebagai pemain baharuJDT untuk musim depan.

Jawatankuasa Status FAM yang bermesyuarat pada Jumaat telah mendapati kontrak Amirulhadi bersama Pahang didapati meragukan.

"Kontrak pemain Amirulhadi Zainal dengan Persatuan Bola sepak Negeri Pahang pada pandangan kami meragukan dan oleh itu kami menganggap kontrak itu tidak sah," kata pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu sidang akhbar di Wisma FAM di sini, Jumaat.

"Kontrak itu menjadi sah kalau sekiranya kontrak itu ditandatangani oleh semua pihak yang berkenaan. Yang kedua, perlu dinyatakan dengan jelas apakah perkara-perkara, terma-terma, syarat-syarat perlu dinyatakan.

"Dengan kata lain, kalau menandatangani kontrak kosong, itu tak sahlah. Kami mendapati ada keraguan dalam kontrak ini," kata Takiyuddin.

Beliau bagaimanapun enggan menjelas lanjut berhubung kontrak Amirulhadi dengan Persatuan Bola sepak Negeri Pahang.

Menurut Takiyuddin, dalam kes melibatkan Amirulhadi itu, Persatuan Bola sepak Negeri Pahang tidak berhak untuk menuntut sebarang pampasan daripada JDT mahupun daripada pemain berkenaan.

Namun, Amirulhadi sendiri tidak terlepas begitu sahaja sebaliknya beliau dikenakan denda berjumlah RM25,000 berikutan kegagalan pemain itu mendedahkan keadaan sebenar kepada JDT sebelum menandatangani kontrak.

Takiyuddin berkata, ketiga-tiga pihak dibenarkan mengemukakan rayuan kepada FAM sebelum Rabu ini. - Sumber BERNAMA

Ahad, 22 Disember 2013

[Terkini ] Lelaki Ditahan Kerana Cubaan Bunuh Diri di Ipoh Parade !


NAK LIHAT VIDEO KLIK SINI 
 
Sila Klik Sumber untuk maklumat lanjut.

[ Terkini ] Kemalangan antara Jentera Bomba dan Lori


Sebuah jentera Bomba terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di kilometer 12, Jalan Kota Belud kira-kira jam 7.40 pagi. Seorang kelindan lori yang dikenali sebagai Longius Bardur, 24, telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas dikejarkan ke hospital berdekatan.

Manakala, pemandu lori serta tiga anggota Bomba yang terbabit dalam nahas tersebut dilaporkan dalam keadaan stabil.
 


Kejadian berlaku apabila lori tersebut didapati hilang kawalan sehingga masuk ke laluan bertentangan lalu nertembung dengan jentera Bomba yang dalam perjalanan menuju ke sebuah lokasi berlakunya kebakaran.

[ Terkini ] Beberapa Gambar Yang Dikatakan " Puting Beliung " berlaku di JB ?

 
 
Baru-baru ini, telah digemparkan dengan satu fenomena dimana terdapat puting beliung di sekitar Johor dan Singapura. Beberapa gambar tersebut  telah diambil oleh sahabat -sahabat yang ingin berkongsi dan telah tersebar dengan meluasnya di laman media social.
 
Ada yang menganggap fenomena tersebut dikenali sebagai "belalai air" dan fenomena ini dikatakan selalu berlaku di beberapa kawasan tertentu di Malaysia. Ia dikatakan berlaku di kawasan perairan disebaban oleh pembentukan awan kumules yang besar. "Belalai air" tidak akan sampai ke darat kerana ia memerlukan kelembapan yang tinggi.
 
 


 










 
"Peringatan kepada seluruh umat manusia".
 

Selasa, 17 Disember 2013

[ info ] Azean Irdawati, telah Meninggal dunia - Alfatihah !

Pelakon Azean Irdawaty, 63 tahun telah meninggal dunia pada Selasa pukul 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor. Allahyarhamah telah menderita sejak 5 tahun lalu kerana penyakit tumor dan lymphedema serta sering keluar masuk hospital. Sebelum ini, Allahyarhamah telah menderita ketika menghidap penyakit kanser payudara sehingga ke peringkat kritikal dan menjadi barah tumor.
 
Al-fatihah dan salam takziah untuk keluarga Allahyarhamah..
 
 

Dua pemain skuad Tok Gajah mengaku bersalah berkhalwat !

 

 
KUANTAN - Dua pemain bola sepak Pahang, Mohd Amirul Hadi Zainal, 27, dan Mohd Zaiza Zainal Abidin, 23, bersama pasangan mereka didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah kerana berkhalwat di Hotel Vistana di sini pada 10 September lalu.
Hakim Syarie, Abdul Wahid Md Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kedua-dua pemain itu dan pasangan mereka, Zuraida Muhammad, 26, serta Puteri Natalya Nurul Adzween Rosly, 23, selepas kesemua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Mengikut kertas pertuduhan, dua pemain skuad Tok Gajah itu ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan di Hotel Vistana di sini kira-kira pukul 4.30 pagi.
Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 145 (1) (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.Kosmo

Tol Naik Berkuatkuasa 1 Jan 2014

Kenyataan sebelum ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar agar pengguna jalan raya menggunakan laluan alternative sekiranya tidak mahu dikenakan bayaran tol. Apa yang pasti, kenaikan ini akan memberikan kesan kepada pengguna jalan raya yang mana majoritinya masih berpendapatan sederhana.

15 lebuhraya yang kebanyakannya berada di dalam bandar Kuala Lumpur akan menaikkan kadar tol sebanyak 50 sen sehingga RM2 bermula 1 Januari 2014. Sekiranya kenaikan ini tidak diluluskan, pihak kerajaan harus membayar RM400 juta kepada konsensi tol terbabit. Sumber.

Ahad, 15 Disember 2013

[ Gambar ] Mangsa kemalangan lori kontena yang di pandu laju !

 

 
Ramai yang tertanya -tanya bagaimana nasib mangsa kemalangan kontena yang di pandu laju dan terbabas di SKVE menghala ke Hospital serdang pada 30 okt yang lalu.Pada masa kejadian tersebut, seorang pnegguna jalan raya yang kebetulan mengikuti lori kontena tersebut telah berjaya merakam aksi merbahaya pemandu lori tersebut.
 
Dalam kemalangan tersebut sebuah kereta pacuan empat roda milik JPM (Unit Perancangan Ekonomi ) dilanggar oleh lori kontena yang terbabas ke lorong yang di laluai oleh kereta terbabit.
 
 
 

 

[Terkini] Van Tergantung Di Udara....

 



Pelik tapi benar.. Van tersebut tergantung selepas terlibat dalam kemalangan.

[ Hiburan ] 14 Disember ini, Doraemon akan datang ke Malaysia!!!!!

 

KOS RM 8 JUTA BAWA DORAEMON KE MALAYSIA 
Animation International (M) Sdn Bhd (AISB) membawakan Ekspo 100 Gajet Rahsia Doraemon yang mula dibuka kepada umum esok 14 Disember di Dewan Pameran Viva Home, Kuala Lumpur.
Sempena ekspo itu lebih 100 patung dan 100 gajet Doraemon dipamerkan dengan sasaran 700,000 pengunjung bagi pameran yang berlangsung selama tiga bulan.
Pengarah AISB, Steve Chow berkata, ekspo itu pertama kali dianjurkan di Asia Tenggara selepas Jepun, Hong Kong dan Taiwan.
“Kami juga menyasarkan peminat dari negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina yang juga peminat karakter Jepun ini datang pada pameran terbabit,” katanya.
Chow berkata, syarikatnya melabur sehingga RM8 juta untuk membawa watak itu ke negara ini selepas pameran terakhir di Taiwan dan ekspo berkenaan juga dianjurkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Tiket masuk ekspo berharga RM25 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak) mula dijual secara dalam talian melalui myticket.my bermula 30 November lalu dan di 100 stesen petrol BHP terpilih di seluruh negara bermula 1 Disember.sumber

"Uncle Lim" Pukau Gadis Cantik

 
REMBAU : Seorang peniaga kerugian ratusan ringgit selepas anak sulungnya dipercayai dipukau oleh seorang lelaki berusia 50-an yang mengekori anaknya itu untuk membeli barangan runcit di sebuah pasar raya di Chembong, dekat sini, 9 Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai 'Uncle Lim' datang ke kedai peniaga berkenaan di Medan Selera Chembong untuk menempah 21 bungkus nasi goreng.

Menurut peniaga berkenaan, Norfizah Nayan, 45, ketika itu, dia tidak mengesyaki lelaki terbabit berniat jahat memandangkan kedainya sering dikunjungi pekerja kilang dan pekerja kontrak bagi membungkus makanan.

“Pada masa itu, anak saya, Nor Hidayah Nazeri, 16, yang mengambil tempahan. Lelaki terbabit menyatakan ingin membungkus makanan selama dua hari di kedai saya. Malah, dia menyatakan bosnya akan turun dalam tempoh masa sejam untuk makan ikan siakap dan pelbagai jenis buah-buahan di kedai saya.

“Oleh kerana tempahannya agak banyak, anak sulung saya, Lily Dianna Nazeri, 23, pergi ke pasar raya terdekat bersama adik saya, Norhayati Nayan, 41, untuk membeli makanan tambahan,” katanya.

Norfizah berkata, semasa berada di pasar raya berkenaan, anaknya itu terperanjat apabila lelaki terbabit juga berada di pasar raya dan beria-ria mengambil pelbagai jenis barangan sebelum dimasukkan ke dalam troli mereka.

Menurutnya, lelaki terbabit mengambil enam karton 100 plus dan Redbull; 30 bungkus kacang; 30 biji oren; 60 biji epal; dua ekor ikan siakap dan lain-lain lagi.

"Lelaki terbabit bertanyakan jumlah duit yang dimiliki anak saya ketika itu selain bertanyakan sama ada dia mempunyai duit dalam akaun bank atau tidak.

Semasa berada di kaunter, anak saya juga tidak sedar bila lelaki terbabit mengambil duit RM400 daripadanya.

“Selepas itu, lelaki terbabit menyuruh anak saya pergi ambil tisu, sementara adik saya pula diarahkan ambil pisang. Sebaik kembali ke kaunter, lelaki terbabit sudah tiada dan anak saya tersedar ketika ingin menjelaskan bayaran di kaunter," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Rembau sejurus kejadian.

Katanya, sejak lebih tujuh tahun berniaga di lokasi berkenaan, pengalaman dipukau oleh lelaki yang kelihatan seperti warga emas itu adalah pengalaman pertama dan anaknya juga trauma.

***** Hati-hati dengan teknik dan taktik penjenayah*******

Jumaat, 13 Disember 2013

[ Terkini ] Gambar lelaki maut akibat terjatuh dari Bangunan Batu Pahat Mall

Seorang lelaki telah dijumpai maut apabila terjatuh dari bangunan pusat membeli belah di Batu Pahat Mall pada malam tadi. Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam, namun punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis.
 
 
 

Khamis, 12 Disember 2013

[ Terkini ] Bayi 18 hari antara tiga maut kemalangan di Kubang Kerian.

KUBANG KERIAN: Tiga maut termasuk seorang bayi berusia 18 hari manakala dua yang lain parah dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan kenderaan pelbagai guna, MPV di Kampung Chica Kubang Kerian pagi tadi.

Dalam kejadian jam lebih kurang 7.30 pagi itu, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Zabidah Dollah, 49 tahun, Siti Maimunah Abdullah, 35 tahun dan anak kepada Maimunah, bayi lelaki yang belum diberikan nama.

Pemandu Kancil, Mohd Noor Ghazi 38 tahun dan pemandu MPV yang dikenali sebagai Kamarizan Mat Yaman, 32 tahun mengalami kecederaan parah dan kini di rawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, HUSM Kubang Kerian.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memaklumkan kereta Kancil yang dinaiki empat beranak itu dalam perjalanan dari arah Kubang Kerian menuju ke Pasir Tumboh.

Setibanya di tempat kejadian, pemandu kereta Kancil itu dikatakan mengubah laluan dari laluan kanan ke laluan kiri untuk membuat pusingan U.

Dalam masa yang sama MPV yang dipandu oleh wanita berkenaan tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta Kancil tersebut dan menyeretnya sehingga melanggar tiang eletrik berhadapan dengan sebuah kedai runcit.

Zabidah dan bayi lelaki berkenaan maut di tempat kejadian manakala Maimunah yang bertugas sebagai jururawat di HUSM Kubang Kerian meninggal dunia setibanya di HUSM.

Kereta Kancil yang dinaiki oleh satu keluarga itu dikatakan baru pulang dari mengadakan majlis mencukur jambul bayi berkenaan di rumah bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi.

Kesemua mereka berasal dari Kampung Tanjung Stan, Kubang Kerian,mangsa yang maut ditempatkan di unit forensik HUSM untuk dibedah siasat sebelum di tuntut oleh keluarga.sumber






[Terkini] Lelaki Bakar Kereta Milik Pegawai Polis

Akibat disaman oleh seorang anggota polis kerana kesalahan melanggar lampu isyarat merah serta tidak memakai topi keledar, seorang lelaki bertindak nekad dengan membakar sebuah kereta Toyota Vios milik anggota poils berpangkat konstabel di Taman Perumahan di Kapar.
Kejadian berlaku pada jam 4.30 pagi apabila mangsa berusia 20-an sedang tidur di rumahnya sebelum dikejutkan dengan bunyi penggera kereta. Dalam kejadian itu, kereta mangsa telah terbakar di bahagian depan dan belakang manakala cermin hadapan didapati berlubang akibat dibaling dengan botol berisi petrol.
Menurut siasatan awal yang dijalankan, rakan serumah mangsa yang juga bertugas di balai polis yang sama ada mengeluarkan saman kepada seorang lelaki yang menunggang motosikal kerana telah melanggar isyarat lampu merah serta tidak memakai topi keledar di Klang pada jam 3.00 pagi pada hari yang sama.
Lelaki yang berusia 20-an berang akibat disaman serta telah mengeluarkan kata-kata kesat dan ugutan.Namun, rakan mangsa tetap mengeluarkan saman serta tidak menghiraukan ugutan lelaki tersebut. Rakan mangsa tidak menjangka bahawa lelaki terbabit akan bertindak sedemikian dengan membakar kereta rakan sekerjanya.Sumber


 
 

[Terkini] Budak 16 Tahun Rogol Guru Tadika Berusia 26 Tahun

Padah diterima oleh seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang merogol seorang guru tadika di Taman Impian, Kajang apabila berjaya ditangkap oleh majikan guru tadika tersebut. 

Pada mulanya, guru tadika tersebut datang  berseorangan ke tadika kira-kira pukul 7 pagi. Mangsa telah menyedari kehadiran remaja tersebut di luar tadika, namun tidak mengesyaki apa-apa lalu terus membuka pintu pagar sebelum memasuki pintu tadika tersebut.

Sebaik mangsa telah membuka pintu tersebut, remaja lelaki itu telah datang dari belakang dan mengheret mangsa ke dalam tadika dan sempat memberitahu pada mangsa yang beliau meminati dan menaruh perasaan cinta pada mangsa.

Pada ketika itu, mangsa yang terkejut cuba melawan remaja tersebut namun tidak berjaya. Sebaliknya, terus membuka pakaian mangsa dan merogolnya.

Selepas merogol mangsa, remaja tersebut melarikan diri dan magsa telah menghubungi majikannya. Majikan mangsa terus mencari remaja terbabit di kawasan berhampiran sebelum menemuinya di sebuah klinik haiwan.

Majikan membawa remaja terbabit kepada mangsa untuk pengecaman dan kemudian membawa remaja terbabit ke balai polis.

[Terkini] Gambar anggota tentera laut terbunuh atau di bunuh???

 
Penyebaran gambar kematian seorang tentera laut telah menjadi bualan hangat di laman sosial. Menurut laporan, kematian tentera tersebut adalah akibat lemas ketika menjalani latihan.Berikutan dengan itu, keluarga mangsa dikatakan tidak berpuas hati dengan laporan kematian mangsa.
 
Ini kerana, terdapat keraguan yang timbul apabila terdapat kesan tumbukan dan tusukan rokok pada badan serta wajah mangsa. Pihak keluarga mangsa merasakan kematian anaknya adalah akibat dari penderaan.

Namun, kes ini masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa.. Al-fatihah.Sumber

Isnin, 2 Disember 2013

Gambar Kemalangan kereta Myvi rempuh Moto BMW 1000RR dan DUCATI

Malang menimpa apabila niat dua orang bikers yang dalam perjalanan pulang dari KSDP untuk membantu mangsa kemalangan di highway menjadi sia-sia apabila motor BMW 1000RR dan DUCATI yang di letakkan di lorong kecemasan telah di langgar oleh pemandu yg mementingkan diri sendiri yang menggunakan lorong kecemasan untuk memotong. Kemalangan tersebut juga mendapat perhatian dari Tengku Hassan Johor dan Dato Dino Ketua Polis Pahang yang juga terlibat dalam ride KSDP kebetulan lalu di situ........mereka sempat singgah dan bertanya khabar kepada bikers terlibat. sumber

Photo: DTR aaw
Niat murni Bikers ingin membantu mangsa kemalangan ditimpa musibah apabila sebuah Myvi telah merempuh motor mereka ketima meletakkan motor tersebut di laluan kecemasan.
Sebuah Myvi yang menggunakan laluan kecemasan telah merempuh motor tersebut.

~>Info oleh king ajoi
Niat 2 orang bikers pulang dari KSDP untuk membantu mangsa kemalangan di highway menjadi sia2 apabila motor BMW 1000RR dan DUCATI yang di letakkan di lorong kecemasan di langgar oleh pemandu yg mementingkan diri sendiri yang menggunakan lorong kecemasan untuk memotong. Kemalangan tersebut juga mendapat perhatian dari Tengku Hassan Johor dan Dato Dino Ketua Polis Pahang yg juga terlibat dlm ride KSDP kebetulan lalu di situ........mereka sempat singgah dan bertanya khabar kepada bikers terlibat.

Selalunya kalau bikers down orang akan kutuk bikers.Tapi kalau kes cam ni pemandu kereta yang buat hal sapa yang nak kutuk kalau bukan kita bikers.

Photo: DTR aaw
Niat murni Bikers ingin membantu mangsa kemalangan ditimpa musibah apabila sebuah Myvi telah merempuh motor mereka ketima meletakkan motor tersebut di laluan kecemasan.
Sebuah Myvi yang menggunakan laluan kecemasan telah merempuh motor tersebut.

~>Info oleh king ajoi
Niat 2 orang bikers pulang dari KSDP untuk membantu mangsa kemalangan di highway menjadi sia2 apabila motor BMW 1000RR dan DUCATI yang di letakkan di lorong kecemasan di langgar oleh pemandu yg mementingkan diri sendiri yang menggunakan lorong kecemasan untuk memotong. Kemalangan tersebut juga mendapat perhatian dari Tengku Hassan Johor dan Dato Dino Ketua Polis Pahang yg juga terlibat dlm ride KSDP kebetulan lalu di situ........mereka sempat singgah dan bertanya khabar kepada bikers terlibat.

Selalunya kalau bikers down orang akan kutuk bikers.Tapi kalau kes cam ni pemandu kereta yang buat hal sapa yang nak kutuk kalau bukan kita bikers.

Photo: DTR aaw
Niat murni Bikers ingin membantu mangsa kemalangan ditimpa musibah apabila sebuah Myvi telah merempuh motor mereka ketima meletakkan motor tersebut di laluan kecemasan.
Sebuah Myvi yang menggunakan laluan kecemasan telah merempuh motor tersebut.

~>Info oleh king ajoi
Niat 2 orang bikers pulang dari KSDP untuk membantu mangsa kemalangan di highway menjadi sia2 apabila motor BMW 1000RR dan DUCATI yang di letakkan di lorong kecemasan di langgar oleh pemandu yg mementingkan diri sendiri yang menggunakan lorong kecemasan untuk memotong. Kemalangan tersebut juga mendapat perhatian dari Tengku Hassan Johor dan Dato Dino Ketua Polis Pahang yg juga terlibat dlm ride KSDP kebetulan lalu di situ........mereka sempat singgah dan bertanya khabar kepada bikers terlibat.

Selalunya kalau bikers down orang akan kutuk bikers.Tapi kalau kes cam ni pemandu kereta yang buat hal sapa yang nak kutuk kalau bukan kita bikers.


Photo: DTR aaw
Niat murni Bikers ingin membantu mangsa kemalangan ditimpa musibah apabila sebuah Myvi telah merempuh motor mereka ketima meletakkan motor tersebut di laluan kecemasan.
Sebuah Myvi yang menggunakan laluan kecemasan telah merempuh motor tersebut.

~>Info oleh king ajoi
Niat 2 orang bikers pulang dari KSDP untuk membantu mangsa kemalangan di highway menjadi sia2 apabila motor BMW 1000RR dan DUCATI yang di letakkan di lorong kecemasan di langgar oleh pemandu yg mementingkan diri sendiri yang menggunakan lorong kecemasan untuk memotong. Kemalangan tersebut juga mendapat perhatian dari Tengku Hassan Johor dan Dato Dino Ketua Polis Pahang yg juga terlibat dlm ride KSDP kebetulan lalu di situ........mereka sempat singgah dan bertanya khabar kepada bikers terlibat.

Selalunya kalau bikers down orang akan kutuk bikers.Tapi kalau kes cam ni pemandu kereta yang buat hal sapa yang nak kutuk kalau bukan kita bikers.

Misteri Kematian 3 Beradik di Alor Senibong Hampir Terungkai

Kematian 3 beradik di Alor Senibong baru-baru ini telah menggemparkan negara ekoran kematian 3 beradik tersebut masih menjadi tanda tanya dan misteri.

Ketika siasatan awal pihak polis mengatakan mangsa, Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14 kemungkinan menjadi mangsa rogol adalah tidak tepat apabila pihak polis telah mengesahkan bahawa mangsa tidak dirogol.

Kematian mangsa adalah disebabkan oleh mati lemas. Sekali lagi ibupaba mangsa dikejutkan dengan berita yang mana 2 orang lagi anak mereka telah ditemui mati. Ini menambahkan lagi misteri apabila kematian 2 beradik (iaiti Nur Izzati Husna, 12, serta Puteri Nurul Akma, 3) tersebut adalah dikatakan berdekatan dengan lokasi kematian kakak mereka.

Siasatan pihak polis menemui:
  • Motosikal yang dinaiki oleh 3 beradik tersebut ditemui dalam keadaan baik dan berkunci.
  • Motorsikal tersebut diletakkan berhampiran dengan tempat menunggu bas.
  • Mangsa pertama ditemui oleh orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel. Pihak polis mengesahkan bahawa mangsa tidak dirogol. Ini kerana pihak polis tidak menemui ada unsur-unsur pengelutan berlaku di antara mangsa dan penjenayah.
  • Pihak polis mendapati badan mangsa terdapat kesan calar dan mangsa disahkan mati akibat lemas.
  • Manakala kedua-dua adik mangsa yang turut mati, ditemui di dua lokasi yang berbeza yang mana dijumpai di tali air. Punca kematian masih lagi dalam siasatan pihak polis.


Dalam pada itu, pihak polis sedang giat memburu seorang remaja lelaki yang dipercayai teman lelaki Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14 untuk membantu dalam siasatan. Menurut kenyataan Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, remaja itu kini dipercayai berada di Arau, Perlis dan beliau yakin bahawa dia akan dijumpai dalam masa terdekat. Ahmad turut berkata polis sudah mempunyai bukti-bukti terkini dan saksi bagi membantu siasatan kes tersebut.

Ahmad juga mengesahkan tiga beradik itu tidak bunuh diri kerana terdapat unsur-unsur perbuatan jenayah berdasarkan keadaan mayat Nor Syafikah. Beliau merayu orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak kejadian tersebut tampil membantu siasatan. sumber

 



Jurujual maut motosikal dirempuh treler di jalan Pasir Hor, Kota Bharu



Malang menimpa seorang jurujual apabila terlibat dalam kemalangan di antara motosikal dan sebuah lori di Cabang Tiga, Jalan pasir Hor di sini.
 

Mangsa yang dikenali Noridawatie Irnie Mohd Sapawi, 18 maut ditempat kejadian selepas mengalami cedera parah di kepala dan pinggang.



Mangsa dipercayai bersama kakaknya dirempuh oleh lori dari belakang oleh sebuah treler.Kakaknya, Nor Rashidah, 24 hanya mengalami cedera ringan di pinggang.sumber 

[Terkini ] Tarif elektrik naik pada kadar purata 4.99 sen????

 
Berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung naik 4.99 sen atau 14.89 peratus iaitu daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj.

Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak terkecuali dari kenaikan apabila kerajaan mengumumkan kenaikan sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus. 
 
Dengan perlaksanaan ini, kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM4 bilion dalam bentuk subsidi untuk sektor tenaga tahun depan berikutan semakan semula subsidi elektrik, yang seterusnya akan disalurkan kepada usaha untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur, sekolah dan kemudahan awam lain untuk rakyat. 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata jumlah subsidi bagi sektor tenaga tahun ini sebanyak RM14 billion ketika mengumumkannya pada sidang Parlimen hari ini.

Ahad, 1 Disember 2013

[Terkini] Kejam: Kakak dibunuh, dua adiknya hilang Alor Senibung


Mayat seorang remaja perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap di sebuah kawasan bendang berhampiran Alor Senibung, Alor Star, petang semalam.

Dalam kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, mayat remaja itu ditemui orang awam kira-kira jam 3.45 petang, sebelum anggotanya bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya mengklasifikasikan kejadian itu kes bunuh dan siasatan dijalankan di setiap sudut.

Katanya, ini berikutan mangsa bersama dua adik perempuannya, masing-masing barusia 12 dan tiga tahun keluar dari rumah mereka di Kampung Gelap pada 29 November lalu.

Beliau berkata, kedua-dua adik mangsa masih hilang dan usaha mencari masih dijalankan.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan bantuan. sumber

[Sukan] Andik Vermansyah tandatangan kontrak bersama Selangor untuk musim 2014


 
Pemain Kebangsaan Indonesia iaitu Andik Vermansyah telah sah menjadi milik pasukan Selangor. Pemain yang sebelum ini mewakili kelab Persabaya FC di Indonesia bersetuju untuk menyertai pasukan Selangor walaupun mendapat tawaran lumayan dari beberapa kelab di USA dan Jepun.
 
 
Andik telah diperkenalkan dalam majlis yang berlansung hari ini. Kehadiran pemain tersebut dapat memberi semula keyakinan dan kekuatan kepada pasukan yang digelar The Red Giants untuk menghadapi saingan bola sepak 2014 setelah gagal dalam mendapatkan semula khidmat Safee Sali.