Sehingga kini pihak polis mengesahkan 11 individu, termasuk tiga anggota keluarga suspek. Mereka ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan pegawai bank Ambank, Norazita Abu Talib, 37, yang ditembak dengan senjata api jenis ‘pump gun’ oleh suspek ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bersama-sama seorang lagi pegawai bank.
Suspek yang berjaya melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu bagaimanapun masih belum dikesan namun berkemungkinan masih berada dalam negara. Usaha sedang giat dijalankan pihak polis untuk mengesan suspek dan diharapkan suspek segera diberkas dan dikenakan hukuman maksimum sesuai dengan jenayah yang dilakukannya.
Selain itu, berdasarkan sumber berita antarapos.com, pihak polis juga sedang mengesan individu pertama yang bertanggungjawab menyebarkan gambar mayat pegawai wanita selepas ditembak pengawal keselamatan (suspek) berkenaan. Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata siasatan menyeluruh sedang dijalankan dengan fokus utama mengesan individu pertama yang menyebarkan gambar mangsa sehingga berleluasa di laman sosial. Beliau berkata polis juga akan menyiasat petugas bank terbabit memandangkan gambar yang disebar adalah dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.