Khamis, 31 Oktober 2013

Cuti Peristiwa Bagi Negeri Kelantan Sempena Final Piala Malaysia 2013

Kelantan dan Pahang akan berentap di perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 pada 3 November ini. Pertemuan dua pasukan gergasi Pantai Timur ini bakal dilangsungkan di Stadium Shah Alam dan sepak mula perlawanan dijadualkan pada 8.45 malam.
 
Bagi memberi kesempatan dan keselesaan kepada peminat pasukan Kelantan yang bekerja atau bertugas di Kelantan, kerajaan negeri menerusi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob telah mengumumkan cuti peristiwa pada 4 November 2013 ini. Ia boleh berikan peluang untuk penyokong Kelantan berehat sebelum kembali bertugas. Pengumuman itu juga disiarkan menerusi laman Facebook milik Datuk Ahmad Yakob sebagaimana dibawah:
 
 
 

"Bismillah, mesyuarat exco negeri Kelantan sebentar tadi telah membuat keputusan untuk mengisytiharkan cuti peristiwa pada hari Isnin, 4 November 2013 sebagai memberikan kemudahan kepada rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat bolasepak untuk pergi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di Shah Alam. Ia juga sebagai memberikan kemudahan kepada penjawat-penjawat awam untuk merancang aktiviti bersama keluarga sempena cuti yang agak panjang. Kepada peminat-peminat TRW, diharapkan dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan rakyat Kelantan ini. Jagalah adab-adab kesukanan dan jangan tinggalkan solat. Insya-Allah, Gomo Kelate Gomo."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.