1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan
sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan yang mana terdahulu.
Kalau jenis sintetik -
mungkin 7,500km atau 10,000km.
2. Filter - sama
seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa
- 5000km
Minyak Synthetic -
7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain,
apabila kita menukar minyak enjin itu, maka tukar juga la filter minyak itu sekali (oil
filter)
3. spark plug -
20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai
sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih
40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar
Rm20-25 untuk 4 biji...
4. bateri kereta - 18
bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup
airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan
selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance
battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari
bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia
banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH,
CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
Aku ada kawan dekat
Puchong keje kat warehouse distribute battery ke kedai kedai spareparts...dia
yang bagitahu ilmu kat aku camner nak kenal bateri baik dengan yang tak baik!
Bateriyg baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik ( compare
bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu kau kena compare dengan
NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau
NS40L..begitu la citernya!
5. timing belt -
60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai90,000km dan
Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak
orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa
keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!
6.clutch plat -
clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku
hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu
pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata
100,000km...tukar clutch!
7.Fuel Filter - tukar
aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.
8.Air Filter atau
Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada mereka yang tukar
kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.
9.ATF - Automatic
Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual
dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km
kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan
(contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox
perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak
perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.
Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita...tapi
bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar
ATF, hanya tukar biasaaje....yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta
anda!
10.Gear Oil - untuk
mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, sebaliknya
pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11.Brake Fluid dan
Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000
km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak
pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he...jangan ikut
saya ya!
12.Radiator Coolant
-sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!!
Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paipbiasa aje tu!
Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13.Air-Cond Belt/
Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt.
Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan
juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana
belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian
"ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah
ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak
ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule
yang ikut "km" atau masa"3bulan" "6 bulan" dan
seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan
penyelengaraan atau omputih kata "preventive maintenance"
Maksudnya, benda yang
kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar...preventive maintenance
ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikaldimasa
akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance
Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi
atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi
suatu pembaziran....
Contohnya- kalau kita
buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti. Contohnya "shock
absorber".. perlu diganti setiap 20,000km....! Tentu kita tidak mampu
mengikutnya!
Minyak hitam mineral
utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully
sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di
kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin ada cap castrol,
shell, petronas, eneos, etc,etc tp dlm mungkin minyak murah made in china. Dlm
satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.
Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok
beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn
kedai spare part yg kita beli tu.
Minyak gear manual
ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk
kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta
lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama
mcm di atas.
Flush? kalau dlm buku
takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar
tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air
suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi aku pernah
stretch sampai 110,000km(wira 1.6xli) tanpa masalah sebab aku guna timing ori
mitsubishi dan aku suka inspect timing belt. Merekah takde, gigi still elok -
tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar
semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.
Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin...erm..takmo citer panjang2 lah. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Sy tak begitu pasti.
Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt padajarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sblm thn 1999. Masa aku keja di alfa romeo thn 96 dulu, ada juga pemilik yg kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-
Camry ACV30 - enjin
2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121
- enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin
1NZ-FE 1500cc
Model seperti CRV
pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua,
Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya
tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan
kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi,
hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.