Khamis, 31 Oktober 2013

Video Lori terbalik di SKVE

 
 
 
Kejadian berlaku petang tadi di SKVE menghala ke Hospital Serdang. Seorang sahabat telah membuat rakaman untuk melaporkan kepada pihak SPAD mengenai pemandu lori ini yangg memandu melebihi had laju. Malang tidak berbau, akhirnya lori tersebut terbabas.

Laju dan merbahaya... itulah ungkapan yang sesuai bagi pemandu lori tersebut. Hendak menunjukkan kehebatan bukan pada tempat dan keadaan... Akhirnya, menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Video telah ada... apa tunggu lagi.. Tindak segera perlu diambil oleh pihak berkuasa..
 
 
 

Polis Kesan Suspek Kes Tembak Pegawai Bank

Sehingga kini pihak polis mengesahkan 11 individu, termasuk tiga anggota keluarga suspek. Mereka ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan pegawai bank Ambank, Norazita Abu Talib, 37, yang ditembak dengan senjata api jenis ‘pump gun’ oleh suspek ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bersama-sama seorang lagi pegawai bank.
 
Suspek yang berjaya melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu bagaimanapun masih belum dikesan namun berkemungkinan masih berada dalam negara. Usaha sedang giat dijalankan pihak polis untuk mengesan suspek dan diharapkan suspek segera diberkas dan dikenakan hukuman maksimum sesuai dengan jenayah yang dilakukannya.
 
kes bunuh pegawai bank ambank
 

Selain itu, berdasarkan sumber berita antarapos.com, pihak polis juga sedang mengesan individu pertama yang bertanggungjawab menyebarkan gambar mayat pegawai wanita selepas ditembak pengawal keselamatan (suspek) berkenaan. Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata siasatan menyeluruh sedang dijalankan dengan fokus utama mengesan individu pertama yang menyebarkan gambar mangsa sehingga berleluasa di laman sosial. Beliau berkata polis juga akan menyiasat petugas bank terbabit memandangkan gambar yang disebar adalah dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.

Cuti Peristiwa Bagi Negeri Kelantan Sempena Final Piala Malaysia 2013

Kelantan dan Pahang akan berentap di perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 pada 3 November ini. Pertemuan dua pasukan gergasi Pantai Timur ini bakal dilangsungkan di Stadium Shah Alam dan sepak mula perlawanan dijadualkan pada 8.45 malam.
 
Bagi memberi kesempatan dan keselesaan kepada peminat pasukan Kelantan yang bekerja atau bertugas di Kelantan, kerajaan negeri menerusi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob telah mengumumkan cuti peristiwa pada 4 November 2013 ini. Ia boleh berikan peluang untuk penyokong Kelantan berehat sebelum kembali bertugas. Pengumuman itu juga disiarkan menerusi laman Facebook milik Datuk Ahmad Yakob sebagaimana dibawah:
 
 
 

"Bismillah, mesyuarat exco negeri Kelantan sebentar tadi telah membuat keputusan untuk mengisytiharkan cuti peristiwa pada hari Isnin, 4 November 2013 sebagai memberikan kemudahan kepada rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat bolasepak untuk pergi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di Shah Alam. Ia juga sebagai memberikan kemudahan kepada penjawat-penjawat awam untuk merancang aktiviti bersama keluarga sempena cuti yang agak panjang. Kepada peminat-peminat TRW, diharapkan dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan rakyat Kelantan ini. Jagalah adab-adab kesukanan dan jangan tinggalkan solat. Insya-Allah, Gomo Kelate Gomo."

Suami Ceraikan Isteri Selepas 3 Jam Nikah

Semalam kecoh dengan isu wanita yang diceraikan suaminya selepas hanya 3 jam sah bernikah. Ramai yang mengasihani nasib wanita yang berusia 21 tahun itu. Tidak kurang juga yang mengutuk tindakan bekas suaminya yang tergamak menceraikan isterinya sedangkan mereka baru sahaja bernikah.
 
Bagaimanapun menerusi laporan Kosmo hari ini, bekas suami wanita berkenaan yang mahu dikenali sebagai Azhar, 19, memberitahu, dia tidak melafazkan cerai ke atas isterinya itu atas faktor emosi sebaliknya berbuat demikian dalam keadaan sedar. Azhar mendakwa, dia mempunyai sebab-sebab tertentu yang enggan dikongsi dengan pihak luar kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.
 
sasha jadi janda selepas nikah tiga jam
 

“Saya ceraikan isteri dalam keadaan waras. Biar lah mereka nak kata apa yang pasti saya hormat ibu bapa, segala keputusan di buat oleh ibu dan bapa, saya tidak mahu memberi penjelasan di khuatiri memanjangkan permasalahan tersebut.” Demikian pengakuan bekas suami wanita yang dijatuhkan talak tiga hanya selepas tiga jam mereka melangsungkan majlis pernikahan di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini pada Ahad lalu.
 
Sehubungan itu azhar memohon semua pihak memberi ruang kepadanya untuk menenangkan fikiran sebelum meyelesaikan kes penceraian di Mahkamah terlebih dahulu. Dia kini berada di dalam keadaan tertekan lebih-lebih lagi kisah pernikahan dan penceraian menarik perhatian masyarakat.
 
P/S: Berfikir dahulu sebelum mengambil keputusan... Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya...

Rabu, 30 Oktober 2013

Why Anwar hates Najib

Mengapa Berlaku demikian?????
Klik link ini untuk movie baru...

Your Friends Posting Giraffe Pics Are Not So Smart After All...


http://says.com/my/fun/the-facebook-giraffe-riddle

Nwaneri Kecewa gagal bantu TRW-sumber dari Harian Metro 29 Oct 2013



   "Saya tidak mahu komen lebih cuma sangat kecewa kerana tidak dapat bersama rakan untuk mempertahankan Piala Malaysia."

Hanya itu ungkapan pemain pertahanan Kelantan Obinha Nwaneri yang terlepas aksi final menetang Pahang.

Selepas 'kereta kebal Kelantan' Mohd Daudsu terlepas aksi final akibat masalah kecederaan, TRW kini kehilangan Nwaneri pula.

Keadaan itu membuatkan TRW berdepan ranjau untuk merealisasikan misi mempertahankan kejuaraan apabila hanya bergantung kepada pemain tempatan untuk mengekang asakan dari Pahang.

Nwaneri antara pemain import yang mendapat perhatian peminat Kelantan ekoran sering menjadi penyelamat benteng Kelantan.


Semoga Berjaya pasukan Kelantan/TRW.... ayuh Kelateku.. Gomo Klate Gomo..

Tip untuk Servis Kereta


 1. Minyak hitam.
 Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan yang mana terdahulu.
 Kalau jenis sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

 2. Filter - sama seperti minyak enjin.
 Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, apabila kita menukar minyak enjin itu, maka tukar juga la filter minyak itu sekali (oil filter)
 
 3. spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...
 4. bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
 Aku ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute battery ke kedai kedai spareparts...dia yang bagitahu ilmu kat aku camner nak kenal bateri baik dengan yang tak baik! Bateriyg baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu kau kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!
 
 5. timing belt - 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!

 6.clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km...tukar clutch!
 
 7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.
 
 8.Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada mereka yang tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.
 
 9.ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita...tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!
 
 10.Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
 11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!
 12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
 13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata "preventive maintenance"
 Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar...preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikaldimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran....
 
 Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti. Contohnya "shock absorber".. perlu diganti setiap 20,000km....! Tentu kita tidak mampu mengikutnya!
 
 Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc,etc tp dlm mungkin minyak murah made in china. Dlm satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu.
Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

 Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi aku pernah stretch sampai 110,000km(wira 1.6xli) tanpa masalah sebab aku guna timing ori mitsubishi dan aku suka inspect timing belt. Merekah takde, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

 Water pump - ditukar apabila menukar timing belt utk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.
Biasanya top overhaul tidak diperlukan dek kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugakskit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.
Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin...erm..takmo citer panjang2 lah. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Sy tak begitu pasti.
Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt padajarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sblm thn 1999. Masa aku keja di alfa romeo thn 96 dulu, ada juga pemilik yg kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

 Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc

 Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc

 Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc
Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.